Sunday, August 13, 2006

Program Shaktivat Bioenergi

Adakah anda mencari ilmu metafizik yang benar-benar ampuh?
Berminat menguasai ilmu tenaga dalam, reiki, aura, kuasa minda, prana dan sebagainya? Berminat membuka pusat rawatan sendiri? Ramai yang telah membelanjakan wang yang sebegitu banyak untuk mencari ilmu sebegini tetapi hasilnya menghampakan, apa yang diperolehi tidak setimpal dengan wang yang dilaburkan…
Maka kami rasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk menyampaikan ilmu yang benar-benar ampuh dan berhasil untuk sesiapa sahaja yang meminatinya dan kami jamin anda pasti berpuas hati dengan hasilnya. Insyaallah.

Tanpa olahan nafas, tanpa puasa, tanpa konsentrasi, tanpa meditasi, tanpa pembayangan, mentera dll. Inilah yang tercepat, termudah, dan dijamin keberhasilannya. Mengapa cari yang susah dan lambat?? Bukan omong kosong tetapi telah terbukti!!

Termudah dan tercepat !!
Anda mampu memiliki kesemua ilmu metafizik yang pernah diiklankan di mana-mana media dan mengetahui rahsia-rahsianya dengan mudah dan cepat.

APA ITU BIOENERGI? BIOENERGI INDUK ILMU METAFIZIK
Ilmu Bioenergi telah diformulasikan oleh Dr.Syaiful M.Maghsri,DN.Med.,M.Ph. Penemu dan formulator Bioenergi. Bioenergi adalah energi hidup yang ada pada setiap makhluk ciptaan Allah. Ada 27 level energi di alam semesta ini yang masih menjadi rahsia Allah, hanya segelintir orang yang mengetahuinya. Bila seseorang mampu mengimbangkan ke 27 tingkat energi maka jadilah orang tersebut kekasih Allah yang setiap tindakan, perbuatan, ucapan dan hidupnya berdasarkan redho Allah. Hidup semua terasa indah, aman, tenteram dan sejahtera. Untuk menyatukan 27 level energi tersebut maka dilakukan penyesuaikan / penyelarasan Bioenergi (Bioenergy Adjustment) secara holistik yang terdiri daripada 360 Generator Alam dan secara ilmiah seseorang sudah mula dapat memanfaatkan Bioenergi untuk berbagai keperluan hidup. Proses penyelarasan akan membersihkan, menyeimbangkan, dan menyatukan energi yang ada pada setiap makhluk Allah sehingga bermanfaat menyembuhkan bukan hanya penyakit fizik, tetapi meliputi penyakit rohani, mental, emosi, sosial, ekonomi dan spiritual.

Seterusnya dengan mengharapkan redho Allah Dr. Muhammad Keegan Anderson Abdullah Ph.D, M.Ph. selaku pewaris dan pengijazah ilmu ini akan membantu untuk menyelaraskan Bioenergi ini kepada anda yang benar-benar memerlukan dan meyakini kekuasaan Allah s.w.t.

PERCUMA!!! MUSTIKA BIOENERGI 5 dalam 1-
(Tenaga Dalam CEPAT, Kerezekian, Pengasihan, Benteng Ghoib dan Penyembuhan). Bernilai RM 510.

Adakah ia kaedah akses energi seperti yang selalu diwar-warkan?
Bukan sekadar itu. Ia bukan sekadar kebolehan mengakses atau menyerap apa sahaja energi dari alam tetapi ia membolehkan anda mengolah energi, menyelaraskan diri anda dan orang lain dengan energi alam mengikut hajat anda. Tiada manfaat mengakses energi sahaja seandainya tidak tahu akan hakikat ilmunya.


PENYELARASAN BIOENERGI - Apa dia penyelarasan BIOENERGI?
Sebagaimana sebuah radio, untuk mendapatkan siaran yang anda inginkan maka anda perlu menyelaraskan penerimaan frekuensi gelombangnya dengan frekuensi yang dikirim atau dihantar oleh stesen siaran.

Maka di dalam tubuh manusia terdapat bioenergi yang perlu anda selaraskan frekuensinya dengan frekuensi bioenergi dari alam agar segala macam hajat anda mudah diperolehi. Sebagai contohnya, sekiranya anda inginkan kesembuhan, maka anda perlu menyelaraskan bioenergi anda dengan bioenergi penyembuhan dari alam.

Proses ini juga dipanggil Bioenergy Adjustment. Kaedah ini membolehkan anda melakukan Bioenergy Adjustment kepada apajua benda hidup untuk tujuan tertentu.

Contohnya anda mampu melakukan Bioenergy Adjustment kepada pesakit mental agar frekuensi otaknya kembali normal. Kaedah ini telah dibuktikan keberkesanannya oleh seorang pengamal SHAKTIVAT BIOENERGI ini, setelah beliau berjaya merawat adiknya yang mengalami gangguan mental hanya dalam tempoh beberapa minggu sahaja.

Sekiranya anda pengamal kaedah rawatan tradisional, kaedah alternatif dan kaedah moden adalah amat dialu-alukan untuk mengikuti PROGRAM SHAKTIVAT BIOENERGI ini. Ia ilmiah, tiada kaitan dengan sebarang amalan tahyul atau suatu yang karut-marut.